Sunday, March 22, 2015

Hormon Sabotaj Diet Plan?

Bahagian I


Tahukah korang bahawa hormon boleh sabotaj diet plan korang?

Sabotaj  apa pulak ni?

Ya...hormon boleh sabotaj korang punya diet plan dan agenda kurus korang dalam keadaan bila hormon dalam badan korang adalah tidak seimbang.

Hormon ni adalah bahan kimia yang tedapat dalam badan secara semula jadi yang akan membantu melancarkan segala aktiviti tubuh. Aktiviti ini termasuklah tenaga, pengumpulan lemak, stress dan pengekalan otot.Hormon ni jugaklah yang akan berfungsi untuk kawal setiap aspek dalam hal yang berkaitan dengan kehilangan badan termasuk  metabolism badan, dimana lemak korang disimpan , selera makan korang dan tidak ketinggalan juga ketagihan yang korang alami..

Punca hormon yang tak seimbang ni adalah daripada pelbagai sumber seperti faktor tidur, faktor kekurangan senaman, dan juga kekerapan pengambilan makanan dalam sehari.

So korang boleh check simptom ketidakseimbangan hormon di bawah =p



Ok dah check ke? 

Ada tak simptom tu pada korang?

So memang bila ketidakseimbangan hormon berlaku pada korang memang "dia" akan sabotaj habis-habisan  diet  plan korang. So no wonder orang yang diet secara melulu tanpa faham perlu buat apa selalu rasa stress,kecewa bila  diet tak jalan.. Betul tak?

Whats Next?

Apa yang perlu korang buat untuk pastikan plan diet korang berlangsung dengan jayanya?

1. Makan makanan yang betul supaya badan korang boleh detox.

Sesetengah makanan yang korang consume boleh menyebabkan gangguan pada usus dan sistem penghadaman korang.Bila gangguan ni berlaku maknanya ketidakseimbangan hormon juga akan berlaku.

Bila ketidakseimbagan hormon ni berlaku, maka bermulah episod korang makan tak ikut time dan juga korang akan cenderung untuk makan walaupun badan korang masa tu tak perlukan makanan pun.

Dalam keadaan ni iaitu korang makan bila badan tak perlukan pun dan pada masa yang sama ketidakseimbangan hormon berlaku, ,makanya badan korang cenderung untuk mengumpulkan lemak daripada makanan tersebut dan halangan lemak dari keluar dari badan korang.

So tak hairan lah bila simptom ketidakseimbagan hormon tu berlaku pada korang akan menyebabkan berat badan sukar untuk diturunkan.

Makan makanan yang baik akan membantu dalam proses detox.

2. Korang perlu check juga apa makanan yang perlu korang makan dan apa yang perlu korang hindarkan.

Makanan yang perlu korang hindari adalah makanan yang tinggi karbo dan high glysemix index seperti kentang, pasta dan makanan terproses.

Makanan yang perlu korang ambil adalah makanan yang low glysemix index dan tinggi kandungan fiber.

Dan apa yang paling penting kandungan air juga perlu cukup supaya proses detox boleh berlaku dengan baik.Seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, setiap 25 kg memerlukan 1 liter air. Hehe..korang kira sendirilah ye berapa liter badan korang perlukan air.

Air ini adalah juga sebagai medium dan bantu flush everything out.

Setelah panjang lebar diterangkan kaitan hormon dan kehilangan berat badan, harapnya korang faham la ye hubungan antara hormon dan kehilangan berat badan..

Ok nanti kita sambung next entry ok? 




No comments:

Post a Comment